Hubungi untuk diskaun ekstra
+66 2 694 5603
  • Merangkumi cukai
  • Tiada caj tempah
  • Terjamin

Poring Hot Spring & Nature Reserve

  Lokasi : Ranau Lihat Hotel-hotel lain di Ranau
  Kategori : (Penarafan Sendiri) Lihat Hotel-hotel lain di Sabah
  Alamat : Poring Hot Spring Ranau Kota Kinabalu Sabah, Malaysia Tunjukkan Peta  
Poring Hot Spring & Nature Reserve
Dari MYR 180
  Untuk tempahan selepas 90 hari lawati Poring Hot Spring & Nature Reserve 


Foto Poring Hot Spring & Nature Reserve
9 lagi foto

Maklumat Hotel

Poring Hot Spring & Nature Reserve, kolam air panas paling terkenal di Sabah, berada di kaki bukit Gunung Kinabalu berhampiran Ranau, dengan kemudahan penginapan dan restoran yang dikendalikan oleh Sutera Sanctuary Lodges. Kolam air panas ini, terletak lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu, diuruskan oleh Sabah Parks, manakala Sutera Sanctuary Lodges menguruskan pelbagai kemudahan penginapan dan tempat makan.

Hutan simpan dan tanah rendah yang lembap menawarkan pelbagai tarikan botani seperti pokok orkid, spesis rama-rama yang jarang ditemui dan bunga terbesar di dunia, bunga Rafflesia. Air yang bersifat menyembuhkan di kolam air panas ini melegakan sengal-sengal otot setelah melakukan pendakian ke Gunung Kinabalu. Koleksi tumbuhan tropika merangkumi lebih 500 spesis orkid. Pusat Pemuliharaan Orkid Poring di tanah rendah berkeluasan empat hektar mempunyai himpunan spesis epifit dan tanah yang jarang ditemui dan dari kategori terancam. Kepelbagaiannya termasuk Dendrodium dan Bulbopophyllum yang memiliki lebih 90 spesis di atas gunung Kinabalu. Musim berbunga bagi kebanyakan orkid di sini bermula dari bulan Oktober hingga Februari. Enam daripada dua belas Orkid Borneo Slipper termasuk orkid yang jarang ditemui Rothchild's Slipper, adalah tumbuhan endemik di Kinabalu. Pokok palma, aroid begonia dan halia dapat ditemui dalam jumlah yang banyak. Makmal mikro biak baka pada masa kini menjalankan penyelidikan ke atas pemuliharaan ex-situ pokok orkid yang jarang ditemui dan tumbuhan periuk kera.

Terletak di sempadan taman di pinggir Sungai Mamut, Poring Hot Spring & Nature Reserve menawarkan chalet dan asrama, pusat kupu-kupu, pusat pemuliharaan bunga orkid, taman tropika seluas lima ekar dengan taman pemulihan binatang, kawasan perkelahan, kolam air panas dan jambatan kanopi dengan pemandangan hutan. Untuk ke kolam air panas Poring yang terletak di dalam hutan, seseorang perlu melalui sebuah jambatan gantung yang pendek menyeberangi Sungai Mamut. Dari sana, terdapat satu denai melalui pohon-pohon tua dan rumpun Gigantochloa Levis, spesis buluh gergasi di mana Poring mendapat namanya. Pokok-pokok berbuah, pokok renek dan tumbuhan berbunga menarik pelbagai jenis spesis burung, kelawar dan serangga. Suhu air di mata air panas ini berada dalam lingkungan 40 hingga 60 darjah celsius. Pengunjung dapat menikmati kesegaran air di kolam renang atau berendam di air bersulfur yang disalurkan dari mata air panas ke dalam kolam dan tab berjubin.

Kemudahan Hotel

  • Kolam kanak-kanak
  • Kolam luar - dengan pemanas
  • Perkhidmatan bilik - perkhidmatan terhad
  • Restoran
  • Simpanan bagasi
  • souvenir shops
  • Tempat letak kereta di hotel

Kemudahan Bilik

1 Bedroom Lodge- Hot Deal
  • Alat pengering rambut
  • Balkoni / halaman dalam
  • Bar mini
  • Jubah mandi
  • Kemudahan membuat Teh/Kopi
  • Kipas siling
  • Pancuran & tab mandi berasingan
  • Penyaman udara
  • Satelit / Kabel
  • Seterika & papan seterika
  • TV
2 Bedroom Lodge- Hot Deal
  • Alat pengering rambut
  • Balkoni / halaman dalam
  • Bar mini
  • Bilik mandi
  • Jubah mandi
  • Kemudahan membuat Teh/Kopi
  • Kipas siling
  • Pancuran
  • Penyaman udara
  • Satelit / Kabel
  • Seterika & papan seterika
  • TV
Dormitory Twin - Hot Deal
  • Dapur mini (kemudahan asas)
  • Kipas
  • Pancuran


Cetak Laman ini

 
Adakah anda tahu?

Harga kami merangkumi semua cukai!
Bayar seperti yang dilihat
Tiada kejutan!
cari
2lazy2browse

Sibuk?
kami boleh telefon anda!
Ketik di sini

2lazy2browse

Terlampau sibuk untuk melayari?

Benarkan kami menelefon anda dengan tawaran hebat,
atau hubungi kami: +66 2 694 5603

Negara

Nombor Telefon

Terima kasih!

Terima kasih kerana memberikan nombor anda. Pegawai kami akan menghubungi anda sebentar lagi.