Privasi & Hak Cipta


Polisi Privasi Kami

Di LateStays.com, kami komited untuk melindungi privasi dan keselamatan sebarang maklumat yang boleh dikenali secara peribadi ("PII") yang anda berikan kepada kami. PII termasuk maklumat yang boleh dipautkan kepada individu tertentu, seperti nama, alamat, nombor telefon, atau alamat e-mel.

Polisi Privasi ini menjelaskan bagaimana kami mengendalikan dan melindungi PII anda selaras dengan prinsip privasi yang diperakui di seluruh dunia. Polisi ini terakhir dilaraskan pada 12 Februari 2009.

Kami mempunyai hak untuk mengubah atau meminda polisi ini pada sebarang masa dan untuk sebarang sebab. Sebarang perubahan jelas kepada Polisi Privasi ini akan dimaklumkan di laman web ini. Soalan berkaitan polisi ini harus diemelkan kepada privacy@asiawebdirect.com

Maklumat apa yang kami kumpulkan
Dalam usaha kami untuk memastikan perkhidmatan kami ringkas dan mudah digunakan kami tidak mencipta, menggunakan atau menyimpan profil pelanggan kami. Kami cuma merekodkan PII dan maklumat lain yang kami perlukan untuk melakukan perniagaan dengan anda. maklumat lanjut
Bagaimana kami menggunakan maklumat anda
Kami menggunakan PII anda hanya untuk memberi maklum balas dan memenuhi permintaan anda terhadap produk dan perkhidmatan kami. maklumat lanjut
Siapa yang kami kongsikan maklumat anda
Kami tidak mendedahkan sebarang maklumat tentang tempahan pelanggan kepada sesiapa untuk tujuan yang tidak berkenaan dengan tempahan anda atau pelaksanaan perkhidmatan kami kepada anda. maklumat lanjut
Bagaimana anda mengawal dan mengakses maklumat anda
Kami percaya pengunjung laman dan pelanggan harus mempunyai lebih kawalan ke atas pengumpulan dan penggunaan PII mereka maklumat lanjut
Bagaimana kami melindungi maklumat anda
Untuk memastikan kerahsiaan PII anda, kami menggunakan teknologi dan prosedur keselamatan terkemuka yang disemak dan dikemas kini secara tetap. maklumat lanjut

Maklumat Apa Yang Kami Kumpulkan

Dalam usaha kami untuk memastikan perkhidmatan kami ringkas dan mudah digunakan, kami tidak mencipta, menggunakan atau menyimpan profil pelanggan kami. Kami cuma merekodkan PII dan maklumat lain yang kami perlukan untuk melakukan perniagaan dengan anda. Di semua laman web kami yang mengumpul PII, kami menjelaskan secara khusus apa maklumat yang diperlukan untuk memberikan anda produk atau perkhidmatan yang anda inginkan.

Kami mengumpul PII apabila anda:

  • Membuat tempahan
    Kami mengumpul nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda setiap kali anda membuat tempahan di laman kami. Kami juga mengumpul maklumat kad kredit, termasuk nombor kad, jenis kad, nombor keselamatan, nama pemegang kad, alamat bil dan tarikh luput untuk membayar penginapan yang dibeli melalui laman web kami.
  • Melanggan surat berita kami
    Kami menggunakan alamat e-mel anda apabila anda membuat tempahan di laman kami atau meminta panduan perjalanan yang boleh dimuat turun untuk membolehkan anda melanggan surat berita AsiaWebDirect kami. Anda boleh menghentikan langganan surat berita kami pada bila-bila masa (lihat di bawah bagi cara menghentikan langganan).
  • Maklumat tinjauan, promosi dan pertandingan
    Kadangkala kami menawarkan pengunjung laman atau penerima surat berita peluang untuk menyertai tinjauan, promosi atau pertandingan. PII yang kami kumpulkan semasa anda menyertai tinjauan, promosi atau pertandingan mungkin termasuk nama penuh anda, alamat e-mel, nombor telefon dan alamat rumah.
  • Berhubung dengan kami
    Kami mengumpul PII seperti nama penuh, alamat e-mel dan/atau nombor telefon anda apabila anda menghantar soalan atau cadangan, atau meminta bantuan dengan tempahan.

Maklumat lain yang kami kumpul:

  • Maklumat statistik
    Apabila anda melawat laman kami, kami merekodkan maklumat umum tentang lawatan anda untuk tujuan statistik. Statistik ini tidak mengandungi sebarang PII.
  • Alamat IP
    Apabila anda melawati laman web kami pelayan secara automatik merekodkan alamat IP komputer anda (lokasi di Internet) untuk membantu perlindungan dari penipuan.
  • Cookies
    Kami boleh, dari semasa ke semasa, menggunakan "cookies" untuk menyimpan keutamaan anda, merekodkan maklumat sesi dan mengumpul maklumat tentang bagaimana anda melawati dan mengakses laman web kami. Kami mengumpul maklumat di laman web yang dilawati oleh pelanggan kami untuk membantu kami memperbaiki perkhidmatan kami.

    Cookies adalah maklumat yang laman web kami pindahkan ke cakera keras komputer anda untuk tujuan penyimpanan rekod. Cookies boleh menjadikan laman web lebih berguna dengan menyimpan maklumat tentang keutamaan anda di laman tertentu. Penggunaan cookies adalah biasa dalam industri dan banyak laman web menggunakannya untuk memberikan ciri berguna kepada anda. Cookies secara tersendiri tidak mengenal pasti anda, hanya komputer anda.

    Anda boleh memadamkan cookies dari komputer anda pada bila-bila masa (lihat menu bantuan pelayar internet anda untuk maklumat lanjut); bagaimanapun, ini akan memadam semua cookies dan termasuk yang tidak berkenaan dengan laman kami. Anda boleh memadam cookies secara persendirian yang menghubungkan satu properti kepada senarai pendek anda dengan mengklik opsyen padam semasa properti itu muncul di senarai pendek anda.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami menggunakan PII anda hanya untuk memberi maklum balas dan memenuhi permintaan anda terhadap produk dan perkhidmatan kami. Maklumat yang dikumpul di laman kami mungkin digunakan untuk:

  • Pembelian produk atau perkhidmatan
    Maklumat yang dikumpul semasa anda membeli daripada kami digunakan untuk mengenakan bayaran kepada kad kredit anda dan menghantar pengesahan tempahan anda secara elektronik. Kami juga mungkin menghubungi anda berkenaan dengan penginapan anda untuk tujuan perkhidmatan pelanggan atau untuk membuat sebarang perubahan atau pembatalan kepada tempahan anda.
  • Menghantar e-mel surat berita
    Kami hanya akan menghantar surat berita kepada mereka yang memilih untuk menerimanya. Surat berita kami memberikan maklumat tentang tawaran terkini yang ada di laman web kami, dan kadangkala menawarkan insentif untuk melengkapkan tinjauan atau menyertai pertandingan atau promosi.
  • Komunikasi dengan anda
    Kami akan menggunakan alamat e-mel dan/atau nombor telefon anda untuk menghubungi anda apabila anda menghantar soalan atau cadangan atau jika kami perlu menghubungi anda berkenaan dengan tempahan anda. Kami mungkin menggunakan alamat e-mel dan maklumat tempahan anda untuk memaklumkan anda tentang perkhidmatan tambahan dan tawaran istimewa, dan untuk membina ciri-ciri yang akan menjadikan perkhidmatan lebih mudah dan lebih bersifat peribadi untuk kegunaan anda. Di atas permintaan anda, kami takkan menghantar sebarang maklumat atau tawaran yang tidak berkaitan dengan tempahan anda. Di atas permintaan anda, kami akan menghantar maklumat tempahan anda ke alamat e-mel anda atau cara hubungan lain yang dicadangkan tertakluk kepada prosedur pengenalan identiti pelanggan kami disempurnakan.
  • Perlindungan dari penipuan
    Kami mungkin memberikan maklumat kad kredit dan alamat IP anda kepada pembekal perkhidmatan penapisan penipuan kami untuk membantu melindungi daripada penipuan.

Siapa Yang Kami Kongsikan Maklumat Anda

Kami tidak mendedahkan sebarang maklumat tentang tempahan pelanggan kepada sesiapa kecuali di dalam keadaan berikut:

  • Pembekal penginapan
    Kami memberikan nama tetamu, nombor telefon dan alamat e-mel untuk setiap tempahan yang dibuat kepada pembekal penginapan yang relevan. Pembekal penginapan kami memerlukan maklumat ini untuk tempahan dan mungkin menggunakannya jika mereka perlu menghubungi anda berkenaan tempahan. Kami juga mungkin memberikan maklumat kad kredit anda melalui sebuah laman yang dilindungi kata laluan selamat kepada pembekal penginapan semata-mata untuk menjamin tempahan anda atau untuk pembekal mengubah sebahagian daripada jumlah tempahan (jika berkenaan).
  • Pemprosesan bayaran
    Kami memberikan maklumat kad kredit dan alamat pengebilan anda melalui gerbang pembayaran yang selamat kepada bank yang memproses bayaran anda. Kami juga mungkin memberikan maklumat kad kredit dan alamat IP anda (lokasi di Internet) kepada pembekal perkhidmatan penipuan kami.
  • Ahli kumpulan syarikat
    Kami mungkin memberikan maklumat peribadi anda kepada syarikat kumpulan kami yang lain (syarikat korporat berkaitan dengan Asia Web Direct (HK) Limited) untuk tujuan membantu anda dengan tempahan dan melakukan aktiviti yang berkaitan seperti dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini.
  • Obligasi undang-undang
    Kami mungkin diminta oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat yang anda berikan kepada kami. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat seseorang yang mengancam kepentingan kami (seperti penipuan pelanggan) atau mereka yang aktivitinya boleh membahayakan orang lain.

Bagaimana Anda Mengawal dan Mengakses Maklumat Anda

Kami percaya pengunjung laman dan pelanggan harus mempunyai lebih kawalan ke atas pengumpulan dan penggunaan PII mereka. Ini adalah cara bagaimana anda boleh mengawal dan mempunyai akses kepada maklumat anda:

  • Langganan dan penamatan langganan surat berita
    Pada sebarang masa, jika anda mahu menukar alamat e-mel anda dengan kami atau menghentikan langganan surat berita kami anda boleh:
    1. Pergi ke bahagian "Surat Berita" di laman kami dari laman utama dan ikuti arahan untuk menukar alamat e-mel anda atau menghentikan langganan; atau
    2. Hantarkan e-mel ke newsletter@asiawebdirect.com memaklumkan yang anda ingin menghentikan langganan atau menukar alamat e-mel anda. Pastikan anda memasukkan butiran alamat e-mel lama dan baru anda untuk perubahan.
  • Maklumat tempahan
    Pada sebarang masa, jika anda ingin mengubah PII yang anda berikan kepada kami dalam tempahan anda, sila hubungi kami.
  • Ingati butiran saya di masa hadapan
    Pada sebarang masa, jika anda ingin kami berhenti mengingati butiran anda untuk tempahan di masa hadapan, kosongkan kotak "Ingati butiran saya untuk masa hadapan" pada masa tempahan anda yang berikutnya, atau hubungi kami.
  • Umum
    Pada sebarang masa, jika anda ingin bertanya tentang sebarang PII anda yang kami simpan, sila hubungi kami.

Bagaimana Kami Melindungi Maklumat Anda

Untuk memastikan kerahsiaan PII anda, kami menggunakan teknologi dan prosedur keselamatan terkemuka yang disemak dan dikemas kini secara tetap.

Kami juga telah mendapatkan perakuan digital dari kumpulan VeriSign, pemimpin industri dalam perlindungan dan pengurusan penghantaran data.

Sistem kami dikonfigurasikan dengan penyulitan data standard industri dan teknologi firewall. Apabila anda menghantar PII kepada kami melalui Internet, data anda dilindungi oleh teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL) untuk memastikan penghantaran yang selamat.

Polisi Aduan Hak Cipta Kami

1. Pemberitahuan Pelanggaran

Di LateStays.com kami menghormati hak cipta orang lain. Jika anda percaya secara jujurnya bahawa material daripada kami melanggar hak cipta anda, anda (atau ejen anda) boleh menghantar notis bertulis yang merangkumi senarai maklumat di bawah.

Sila berikan maklumat berikut mengikut format ini:

  1. Pengenalan jelas karya hak cipta yang anda dakwa telah dilanggar.
  2. Pengenalan jelas material yang anda dakwa melanggar karya hak cipta, dan maklumat yang dapat membantu kami mengesan material tersebut dalam laman web, seperti pautan ke material terbabit.
  3. Maklumat untuk menghubungi anda agar kami dapat menjawab aduan anda, sebaik-baiknya merangkumi alamat emel dan nombor telefon.
  4. Masukkan kenyataan berikut: "Saya percaya secara jujurnya bahawa material yang didakwa sebagai cetak rompak tidak diberi kebenaran oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang."
  5. Masukkan kenyataan berikut: "Saya bersumpah, di bawah penalti sumpah bohong, bahawa maklumat dalam pemberitahuan ini adalah tepat dan saya ialah pemilik hak cipta, atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik, yang mempunyai hak eksklusif yang dikatakan dilanggar."
  6. Notis mesti ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak eksklusif yang dikatakan dilanggar.

Notis dakwaan cetak rompak pada laman web ini mesti diemel ke copyright@latestays.com untuk penyelesaian paling pantas.

Anda juga boleh menghantar notis menggunakan alamat berikut:

  • LateStays.com c/o The Legal Department, 7 Baroona Road, Milton, QLD, AUSTRALIA 4064
  • Nombor faks: +61 7 3512 9914
  • Semua surat-menyurat mesti ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kami sarankan agar anda merujuk penasihat guaman anda sebelum memfail notis atau notis balas. Juga, sila maklum bahawa anda boleh dipertanggungjawab untuk ganti rugi (termasuk kos dan bayaran guaman) jika anda membuat dakwaan palsu cetak rompak.

Kami akan melihat dan menumpukan perhatian kepada semua notis yang memenuhi syarat di atas. Harap maklum kami tidak akan memproses aduan anda sekiranya tidak diisi dengan sempurna atau mana-mana maklumat di atas tidak lengkap.

2. Polisi Pelanggar Berulang

Sejajar dengan Akta Hak Cipta Digital Millennium ("DMCA") dan undang-undang lain berkaitan, kami mengamalkan polisi menamatkan, dalam keadaan sewajarnya dan pada budi bicara kami sendiri, pelanggan atau pemegang akaun yang difikir sebagai pelanggar berulang. Kami boleh menghadkan akses ke Laman dan/atau menamatkan akaun mana-mana pengguna yang melanggar apa-apa hak harta intelektual orang lain, tidak kira pelanggaran berulang atau tidak. Jika anda percaya pemegang akaun atau pelanggan ialah pelanggar berulang, sila berikan maklumat yang cukup untuk kami mengesahkannya, apabila mengisi notis anda. Jika Polisi ini diterjemah ke dalam bahasa lain dan berlaku perselisihan antara Polisi ini dan terjemahan, maka teks dalam bahasa Inggeris mengatasinya.