** Perhatian, lokasi pada peta google mungkin tidak selalunya betul, sila semak alamat hotel. Jika Peta tidak ada, cuba Satelit.
Alamat : Jalan Merdeka 75000 Malacca Malaysia
Melaka : Melaka suatu masa dahulu dipenuhi oleh kibaran layar dari kapal pedagang ketika orang-orang Eropah, pedagang India dan Cina berniaga rempah-ratus, sutera, opium dan tembakau di jalan dagang timur-barat. Melaka masih mengekalkan kesan silam yang terdapat pada jalan, bangunan dan suasana bandar. Tarikan termasuk Muzium Maritim yang mempunyai replika bersaiz sebenar geliung Portugis lama, Kota St John, Jonker Street - tempat bagi pemburu barangan antik dan pusat Baba & Nyonya - gabungan budaya Melayu dan Cina. Mudah dikunjungi dari KL dengan keretapi, menginap semalaman di Melaka adalah mencukupi.
Melaka Raya : Terkenal di kalangan penduduk bandar Melaka, Melaka Raya adalah sebuah kawasan sub-bandar yang baru dibangunkan di Bandar Melaka yang menempatkan tempat menjamu selera, hiburan, membeli-belah dan pilihan penginapan antara yang terbaik di negeri ini. Selain itu, ia merupakan tempat terbaik untuk hiburan malam memandangkan ia menempatkan bar terbaik di sini (Pure Bar, The Jetty). Sementara itu, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade - pusat membeli-belah terbesar di bandar ini - turut berada di kawasan ini dan berbagai-bagai hotel yang menempatkan restoran lima bintang. Bagaimanapun, pengunjung yang kerap ke sini mengetahui makanan terbaik di bandar boleh ditemui di restoran tepi jalan, kafe terbuka dan kopitiam (kedai kopi) di kawasan ini.