Holiday Inn Melaka

Tempah Secara Dalam Talian/Hubungi Kami di +603 2302 7555
 

Tentang Kami Bagaimana ia berfungsi Hubungi kami Log Masuk Hotel

Holiday Inn Melaka

  Lokasi : Melaka Raya Lihat Hotel-hotel lain di Melaka Raya
  Kategori : (Penarafan Sendiri) Lihat Hotel-hotel lain di Melaka
  Alamat : Jalan Syed Abdul Aziz, 75000, Melaka Tunjukkan Peta  
Holiday Inn Melaka
Dari MYR 250
KONGSI HALAMAN INI:
  Untuk tempahan selepas 90 hari lawati Holiday Inn Melaka 


Foto Holiday Inn Melaka
8 lagi foto

Maklumat Hotel

Holiday Inn Melaka adalah hotel terbaru yang memiliki 275 buah bilik termasuk suite di bangunan menara berwarna putih setinggi 20 tingkat. Hotel yang moden ini adalah tempat yang menenangkan bagi menerokai kesan pengaruh Portugis dan bandar warisan dalam senarai UNESCO. Berada di kawasan berhadapan Selat Melaka, ia bersebelahan tempat beli-belah utama bandaraya dan tempat-tempat bersejarah serta kawasan perniagaan dan hiburan. Enam buah bilik acara serba guna dan dewan besar tanpa tiang seluas 836 meter persegi, yang dilengkapi teknologi terkini, menyediakan ruang ideal bagi pelbagai keperluan acara dan mesyuarat. Ia menyediakan tempat sempurna bagi tetamu santai & korporat berehat dalam keselesaan atau menjalankan urusan dengan senang serta memberi delegasi persidangan satu tempat percutian yang sesuai.

Hotel turut menawarkan tetamu pelbagai kemudahan termasuk kolam infiniti yang jernih, Tea Tree Spa yang eksotik dan 2 restoran di hotel yang menyediakan masakan Itali hingga kepada masakan tempatan dan antarabangsa. Holiday Inn Melaka, Malaysia terletak lebih kurang 3 jam memandu dari bahagian utara Singapura dan 2 jam memandu dari bahagian selatan Kuala Lumpur serta sebuah destinasi yang mempesona, terkenal dengan aneka masakan dan sejarah. Dengan jumlah bilik dan suite sebanyak 275 buah, Holiday Inn Melaka adalah tempat di mana dunia bertembung Malaysia yang bersejarah. Bagi pilihan tempat makan, anda boleh memilih sama ada es-sence kitchen, sebuah restoran sepanjang hari atau Restoran Sirocco, satu-satunya tempat yang memiliki ketuhar pizza dapur kayu di Melaka. Kaunter snek ringan, bar lobi dan perkhidmatan makan di bilik 24 jam turut disediakan. Tea Tree Spa menawarkan rangkaian hebat urutan refleksiologi kaki dan leher, terapeutik dan urutan tradisional.

Kemudahan Hotel

  • Akses Internet
  • Bar/Pub/Ruang Istirahat
  • Dobi
  • Internet Berkelajuan Tinggi
  • Internet WiFi
  • Kemudahan Persidangan
  • Kolam Renang
  • Membeli-belah
  • Pekerja Rencam
  • Penjagaan Bayi
  • Pertukaran Mata Wang Asing
  • Peti Keselamatan
  • Pusat Kecergasan
  • Restoran
  • Spa

Kemudahan Bilik

  • Alat Pengering Rambut
  • Bar mini / Peti sejuk
  • Katil Bayi
  • Kemudahan Seterika
  • Kemudahan Teh / Kopi
  • Mel Suara Telefon
  • Penyaman udara
  • Peti Simpanan Keselamatan
  • TV Kabel / Satelit
  • Tab Mandi
  • Telefon
  • Televisyen

Maklumat Melaka Raya

Terkenal di kalangan penduduk bandar Melaka, Melaka Raya adalah sebuah kawasan sub-bandar yang baru dibangunkan di Bandar Melaka yang menempatkan tempat menjamu selera, hiburan, membeli-belah dan pilihan penginapan antara yang terbaik di negeri ini. Selain itu, ia merupakan tempat terbaik untuk hiburan malam memandangkan ia menempatkan bar terbaik di sini (Pure Bar, The Jetty). Sementara itu, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade - pusat membeli-belah terbesar di bandar ini - turut berada di kawasan ini dan berbagai-bagai hotel yang menempatkan restoran lima bintang. Bagaimanapun, pengunjung yang kerap ke sini mengetahui makanan terbaik di bandar boleh ditemui di restoran tepi jalan, kafe terbuka dan kopitiam (kedai kopi) di kawasan ini.


Cetak Laman ini

 
Afrika: Afrika Selatan - Mauritius - Seychelles   Amerika Selatan: Argentina - Brazil - Chile - Colombia - Peru - Uruguay   Amerika Utara: Amerika Syarikat - Kanada - Mexico   Asia: Brunei - China - Filipina - Hong Kong - India - Indonesia - Jepun - Kemboja - Korea Selatan - Laos - Macau - Malaysia - Maldives - Myanmar - Singapura - Sri Lanka - Taiwan - Thailand - Vietnam   Eropah: Austria - Belanda - Belgium - Croatia - Cyprus - Denmark - Greece - Hungary - Ireland - Itali - Jerman - Malta - Perancis - Poland - Portugal - Republik Czech - Sepanyol - Slovakia - Switzerland - Turki - United Kingdom   Oceania: Australia - Kepulauan Cook - Kepulauan Fiji - Kepulauan Solomon - New Caledonia - New Zealand - Papua New Guinea - Polinesia Perancis - Samoa - Tonga - Vanuatu   Timur Tengah: Kuwait - Oman - Qatar - UAE  
Penukar Mata Wang | Langgan untuk mendapat tawaran eksklusif |  
|